CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, April 17, 2011

CINTA 360 °



http://www.facebook.com/home.php?sk=group_156266277748013&ref=ts

MAZRA’ATUL AKHIRAH WA AHLAMI -CINTA 360 °

“Ish, kenapa tak telefon-telefon lagi ni?” Getus hati kecil Riqa. “Tak apa- tak apa..aku boleh tunggu lagi…5 minit..10 minit..bahkan 10jam pun boleh”. Cuba menenangkan hatinya yang rawan.

Elok-elok je dalam 9.00 malam tadi Naffi menelefon Riqa seperti malam-malam sebelumnya. Tiba-tiba talian telefon terputus dan dia tidak dapat menghubungi Naffi semula. Berkali-kali Riqa cuba menelefon. Bukan setakat menelefon, mesej juga telah dihantar namun tiada sebarang respon dari Naffi. Riqa sendiri tidak pasti, apa punca Naffi tidak menghubunginya. Entahkan marah disebabkan dia tersalah kata semasa perbualan tadi dia sendiri tidak tahu. Segalanya berlaku begitu pantas sekali.

Walaupun hubungan mereka ini baru bermula namun kasih yang tersemat menjanjikan kisah cinta yang abadi sepanjang hayat. Tidak sanggup Riqa terluka lagi buat keberapa kalinya dalam menyulam cinta. Ingin dibuang jauh-jauh perasaan itu, namun semakin dibuang semakin menyentak-nyentak urat-urat fikirannya. Mahu tidak mahu dia perlu menerima hakikat bila setiap kali menjalinkan cinta pasti di akhiri dengan duka, meskipun bukan itu yang dipintanya.

Riqa fokus menyiapkan Tugasan Individu En Fiq, subjek Media Interaktif merangkap salah satu subjek dalam slip sem220112012 Sijil Diploma Teknologi Maklumat di sebuah universiti terkemuka di Melaka, UTEM.

“Kim, kau dah ciap berapa percent?” Soal Riqa. “Aku dah ciap 80% just nak adjust cikit lagi je, kau? ” Balas Kim. “Sama lah”. Riqa tak mahu mengalah. Jauh disudut hatinya, selagi Naffi tidak menelefon menerangkan kenapa memetuskan talian telefon tadi hatinya tidak akan tenteram. Tugasan yang dibuat mahu diciapkan cepat-cepat kerana ada perkara yang lebih merunsingkan hendak difikirkan.

Dan malam itu.

“Bling, Bling SMS”Message tone Riqa berbunyi. Lantas, secepat kilat Riqa menyambar handphone Nokia buruknya. Usia HP itu sudah pon masuk 3 tahun, itulah HP pertama yang digunakan Riqa hasil dari titik peluhnya sendiri. Usai menamatkan SPM dia terus belajar berdikari. Kilang Shimano di Pekan menjadi sasaran untuk memulakan hidup sebagai seorang manusia bekerjaya. Waktu tu memang musim pelajar-pelajar lepasan sekolah bekerja sementara menunggu panggilan menyambung pelajaran di pusat-pusat pengajian pilihan masing-masing.

“Akhirnya..”. Riqa tersenyum puas. Melihat nama penghantar mesej yang terpaparan di skrin HPnya Naffi, dia membuat andaian yang rajuk Naffi yang dia sendiri tidak tahu hujung pangkalnya itu sudah berakhir.

HP yang dipegang terlepas dari genggaman. Dan………..

***

“Salam, Riqa jom keluar?” Suara Jaja bergema pada gegendang telinga Riqa. Jaja kenalan lama, sama-sama menuntut di Sek. Men. Keb. Dato’ Penggawa Barat. Salah sebuah sekolah kawalan di daerah Pontian. Dengan keputusan UPSR 4A1B Riqa layak bergelar pelajar disitu. Alhamdulillah.

“Ok, kita nak pergi mane je?” tingkah Riqa. “Pusing-pusing Bandar je.” Jawab Jaja halus. Jaja selalu berhubung dengannya, Almaklumlah dia terkenal dengan sikap ramahnya dan mudah mesra dengan orang sekeliling.

Setelah persetujuan dibuat, seperti biasa Riqa akan menaiki bas sebagai kenderaan utamanya untuk bergerak. Jaja tinggal di Pekan Nenas. Kira-kira 30 minit perjalanan untuk sampai ke Bandar Pontian. Riqa pula mengambil masa 20 minit untuk sampai ke perhentian bas, tempat pertemuannya dengan Jaja.

“Hello, Jaja dah kat mana?” Soal Riqa. Tidak hairanlah Riqa tiba awal dari Jaja memandangkan masa perjalanannya lebih singkat. “Oh, dalam perjalanan lagi 5 minit sampai..tunggu ya”. Jelas Jaja. “Ok, I’m waiting” terangguk Riqa seolah-olah Jaja berada dihadapannya.

Riqa melambai-lambai Jaja yang baru sahaja menuruni bas Mayang Sari 96. Hanya dua jenis bas sahaja yang boleh dinaiki Jaja untuk pergi ke Bandar Pontian, samada Mayang Sari atau Mara Liner.

“Kau makin berisi Ja”Sapa Riqa sambil memaut tangan Jaja, Almaklumlah sekian lama tidak berjumpa. Tamat menduduki SPM di SMKDPB mereka terpisah. Riqa menyambung pengajian di UTEM manakala Jaja mengambil keputusan untuk mengikuti Tingkatan 6 di SMK Dato’ Yunus Sulaiman.Katanya mahu lebih dekat dengan keluarganya, jika Tingkatan 6 di SMK Dato’ Penggawa Barat dia perlu mendiami asrama dan kalau pun berulang-alik memakan masa 30 minit.

“Kau pulak makin comel, kurus je..diet ke?” serentak berderai ketawa

“Kau apa cerita sekarang?” Tanya Jaja.

Riqa tersenyum kelat. Dia faham cerita yang dimaksudkan Jaja bukan cerita biasa dan dia tahu apa yang terjadi. Jaja tempatnya meluahkan segala duka. Meski tidak dapat memberi sebuah penyelesaian cukuplah sekadar menjadi pendengar setia tika dia memerlukan seseorang.

“Macam biasa je Ja. Sejak hari tu, aku dah tak fikir lagi pasal lelaki. Itulah kali terakhir. Biar masa yang tentukan. Best gak single nih!” Ketawa Jaja mendengar jawapan panjang lebar dari Riqa.

Hampir 3 jam habis Bandar Pontian di jelajahi.

“Eh, da pukul 5 petang lah..Jaja nk balik pukul berapa?” Tanya Riqa.

“Jaja nk jumpe kawan jap, pastu kita balik ea” Ulas Jaja.

“Ok, kawan Jaja tu sapa?” Seingat Riqa tiada rahsia antara mereka berdua, apa jua cerita dikongsi bersama. Rakan Jaja rakannya juga walaupun hanya kenal pada nama.

“Razi, Riqa belom penah jumpa dia lagi..dia member sekolah rendah Jaja dulu……dia kata nak jumpe sekejap..boleh tak?” Kata Jaja

“Ok je..janji tak balik lewat sangat” balas Riqa.

“Ok, jap lagi dia sampai…jom kita duduk sana”. Lantas Jaja menarik tangan Riqa dan menuju ke bangku di perhentian bas itu.

5 minit kemudian.

“Jaja pakai baju warna pink…dengan Riqa nih..dah sampai..ok

“Jom” Jaja menarik Riqa kearah kereta Wira bernombor flat JFX1413 warna kuning keemasan.

“Razi, nih Riqa…Riqa nih Razi” Jaja memperkenalkan Razi dan Riqa.

Senyap.

Sedikit janggal rasanya bersama dengan orang yang tidak dikenali. Riqa melayan perasaan. Kereta Wira meluncur laju menyusur haruk piruk di Bandar Pontian.

“cekap jugak mamat nih memandu” Getus Riqa menilai cara pemanduan kenalan Jaja.

10 minit meredah celah-celah Bandar. Jaja sibuk melayan Razi dihadapan. Bertanya itu dan ini, Riqa hanya berdiam diri. Dia sememangnya pemalu. Lebih-lebih lagi berhadapan dengan kenalan yang asing. Kontra pula dengan sikap Jaja yang Happy Go Lucky dan peramah.

Riqa dan Jaja diturunkan di tempat tadi, perhentian bas dimana tempat mereka menunggu razi tadi. Meskipun sudah dipelawa oleh Razi untuk menghantar pulang tetapi ditolak mentah-mentah oleh Riqa. Dia tidak selesa untuk membawa pulang lelaki yang baru dikenali dan tidak kenal hati budi meskipun hanya menghantar pulang.

“Jumpa lagi Jaja…sesenang kita keluar lagi ea” pesan Riqa sambil berpamit-pamitan

“Jumpa lagi…selalu la mesej, YM chat ea” jawab Jaja.

Babak-babak sedih mula terpamer. Masa untuk berpisah sudah tiba.

“Ja, bas ko dah sampai” Sergah Riqa.

“Aah..balik dulu ea” balas Jaja sambil melambai malas kea rah Riqa. Riqa menghantar Jaja pulang dengan pandangan mata sehingga bas merah Mayang Sari itu perlahan-lahan hilang dibalik bangunan-bangunan lama.

Riqa melihat jam.

“owh, 5.30” lantas mengeluarkan telefon menghubungi ibu untuk sedia mengambilnya di Kayu Ara Pasong. Antara jalan alternatif menghubungkan Parit Basilam dan Bandar Pontian.

***

Malam itu.

“Bling, Bling SMS”Message tone Riqa berbunyi. “Riqa…Jaja ada sesuatu nak beritahu Riqa” Jaja terus terang menyatakan hasrat utamanya menghubungi Riqa.

Riqa, Razi beritahu Jaja kawan dia nak kawan ngan awk. Boleh x Jaja bagi nombor hp Riqa pada Kawan Razi.

Boleh Ja, Riqa tak kisah….berkawan biar seribu, berkasih biar seribu, berkahwin biar satu…

***

Salam, Naffi rasa hubungan kita ini cukuplah sampai disini sahaja. Naffi sayang Riqa. Naffi memang berharap hubungan ini kekal sampai ke akhir hayat. Tapi, buat masa sekarang Naffi nak tumpu pada study dulu. Memang salah Naffi. Naffi yang memulakan hubungan ini. Naffi yang bagi harapan pada Riqa. Maaf. Naffi tak dapat beri komitmen pad RIqa. Naffi harap Riqa faham dan hormat keputusan Naffi ni. Assalamualaikum.

Bukkk

Terduduk Riqa. Senyap. Dibacanya SMS tu berulang-ulang. Salahkah matanya. Tersilapkah dia membaca SMS itu. Persoalan demi persoalan menerajui kotak fikiran Riqa.

Nafas ditarik perlahan-lahan. Dihembus deras. Keras bunyinya. Matanya mula bergenang. Sama seperti sebuah perigi yang penuh dengan air dan akan melimpah bila-bila masa sahaja. Terasa sembilu menjalar di hatinya. Akhirnya Riqa menangis sepuas hatinya, kasih yang didambakan tidak kesampaian. Entah apa salahnya, entah apa rajuk Naffi sehingga begini dia melukakan Riqa, walhal Naffi tahu Riqa baru di kecewakan sebulan yang lepas.

Bertenang Riqa. Monolog hati Riqa.

Dia perlu tahu sebab musabab perpisahan ini berlaku. Setahunya sekelumit pun tidak dia berlaku curang, kerana itu bukan dirinya. Setia orangnya. Janji yang dibuat umpama nyawa yang dijadikan cagaran. Tapi itulah hakikat kehidupan.

Salam. Terima Kasih.

SMS pendek itu menutup perhubungan yang baru dibina. Selamat tinggal kasih. Selamat tinggal kenangan. Selamat tinggal harapan.

Puas menangis, Riqa menerjah ke bilik Ikim.

“Kim”. Riqa panggil lemah. Ditunjukkan SMS tu. Ingin dikongsi duka itu bersama-sama.

“Sabar ea, dia bukan jodoh kau buat mase sekarang..kalau ader jodoh kau dengan Naffi, dia pasti kembali pada kau akhirnya” pujuk Kim menenangkan hati.

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Dalam sengan Riqa berjanji tidak akan mencari pengganti lagi. Dirinya sudah penat mengejar cinta yang tak pasti. Biarlah cinta datang dengan sendirinya.

Huhhh

Itu cerita sebulan yang lalu, sekarang cinta betol-betol datang padanya. Perlukah dia menerima? akan terluka lagikah dirinya?. Kecewanya pada lelaki masih lagi berdarah. Mungkin kerana dia terlalu berharap akan sesuatu yang tidak pasti. Waktu itu, bila melihat pasangan lain hatinya rawan. Ingin juga dia merasa dicinta dan mencintai. Itu silapnya dia.

Arghh..biarlah aku yang rasa orang lain Cuma boleh mengata je. Time aku susah ada orang hirau. Apasalahnya aku berkawan-kawan je dengan mamat tu.

Keputusannya bulat. Memang pon dia suka menjalankan persahabatan dengan siapa-siapa sahaja. Baginya ramai kenalan menjadikannya matang, dia dapat belajar mengenali personaliti setiap individu dengan sudut berbeza-beza. Banyak orang banyak ragamnya. Asalkan kita tahu apa yang kita mahukan dan dapat bezakan yang mana baik dan mana buruk.

***

Empat bulan berlalu. Genap 4 bulan Riqa menjalankan persahabatan dengan Aifi lelaki yang dikenali melalui rakan Jaja. Dia merasakan ada persefahaman antara mereka. Ciri-ciri yang diidamkan oleh Riqa ada pada Aifi.

Perjalanan persahabatan ini juga berjalan dengan smooth, pendek kata kalu dah suka tu semuanya nampak molek. Tapi serius memang 100% ok, kalau pun perhubungan ini nak kearah lebih jauh pun Riqa setuju. Seolah-olah ader taman bunga di dalam hatinya.

“Salam, syg ngah buat apa?” Mesej Aifi.

“Salam..hu5” Balas Riqa. Aifi memang suka bergurau dengan memanggilnya dengan panggilan syg. Sebenarnya dia malu dipanggil begitu, bagi Riqa panggilan syg tu amat istimewa buatnya. Kalau boleh hanya suaminya nanti yang akan memanggilnya dengan nama sebegitu.

“Riqa, Aifi nak tanya…Aifi nih sapa pada Riqa?” soal Aifi ingin kepastian dalam SMS.

“Kawan Riqa la, sama macam Riqa dengan Jaja dengan Razi” Jelas Riqa.

“Kalau Aifi nak lebih dari itu, maksudnya Rafi nak hubungan ini lebih jauh macam pasangan-pasangan lain. Sehingga ke jinjang pelamin..anak cucu…boleh?” Soal Aifi

“Kenapa Riqa? Kan da ramai lagi kekawan Aifi?” soal Riqa lagi menguji Aifi.

“Sebab Riqa pandai jaga hati Aifi, dan memang semua ciri yang Aifi nak ada pada Riqa”

“Sanggup ke Aifi tunggu..Riqa masih lagi seorang pelajar..selagi belum bergelar seorang yang bekerjaya..sehingga itulah Aifi kene tunggu” Balas Riqa lagi. Bukan Riqa mahu menguji kejujuran kasih hatinya itu, tapi dia perlukan kepastian dan tidak mahu luka lama berdarah kembali.

“Pasti.” Pendek jawapan Aifi

“Janji. Ok sekarang akad ea..hehe.” Tegas Riqa

“Bereh, Bismillah. Saya Aifi Aqiff Myqaeel dengan ini pada hari ini, 13 Mei melamar Riqa Qalisya sebagai pasangan saya sehingga ke akhir hayat..insyaAllah..amin ” lamar Aifi.

“Bismillah. Saya Riqa Qalisya setuju untuk menjadi pasangan Aifi Aqiff Myqaeel” balas Riqa.

“Alhamdulillah. Hehe..macam nak bernikah pula rasanya..tak gitu Riqa”Mesej Aifi.

“Awak la yang lafaz cam nk nikah..mujur tak da wet hantaran sekali..hihiih” Seloroh Riqa dalam mesej.

***

5 tahun berlalu

Alhamdulillah akhirnya Riqa berjaya mendapat segulung ijazah. Berkat kesabaran dan sokongan kuat dari keluarga akhirnya aku berjaya mengharungi segala rintangan. Next step aku kena mencari keja kemudian kawin.

Sikap Riqa yang tidak mudah putus asa dan istiqamah dalam mencari pekerjaan akhirnya membuahkan hasil. Tidak sampai sebulan tamat pengajian. Dia diterima untuk menjawat jawatan pegawai teknologi maklumat di sebuah IPTA di Batu Pahat Johor. UTHM. Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.

Niat untuk membina masjid masih lagi membara. Hasratnya itu disampaikan pada keluarga. Nampaknya nenek kuat menghalang. Katanya Riqa masih belum puas bekerja belum puas membantu keluarga.

“Nenek, mak Aifi nak masuk merisik minggu depan…” Riqa memulakan bicara menguji keluarganya, walhal Aifi pun belum mengetahui rancangannya itu.

“Berapa hantaran?” Respon Puan Mel baik. “10 101.01..boleh ke?..kalau tak tuning terus nikah jimat sikit”tingkah Riqa mula memancing ibunya.

“Ikot la adat, merisik meminang nikah” jawab nenek tenang. Alhamdulillah semua setuju. Perancangan diatur.

“Nak buat tema apa nih kak” tanya Wafa

“Entah ea, cuba tanya mak…mak..mak nak warna tema apa ea? ” Pantas Riqa menyoal Puan Mel.

“Ikot kamu la…mak tak kesah” balas Puan Mel.

“Kalau macam itu, warna hitam putih lah..ok tak?” Riqa meberi cadangan untuk menjadikan hitam putih sebagai warna tema untuk majlis tunangnya nati.

Riuh bunyinya, masing-masing mencadangkan warna pilihan masing-masing, selang-seli dengan deraian ketawa.

Ingin kulukis semua hidup ini
Dengan cinta dan cita yang terindah
Masa muda yang tak pernah kan mendung
Ku bahagia

Bait-bait lagu Ku Bahagia dendangan Melly Goeslaw berdedang di corong radio di ruang sudut dapur rumah Riqa. Seakan mengerti yang dia dalam keadaan bahagia kini. Segala penantian kini hampir berakhir, selepas ikat 2 tahun majlis makan besar akan menyusul.

Nafas lega dihela, Riqa menutup diari lamanya saat itu, episod baru kisah hidupnya setelah bergelar tunangan orang akan mula, sempena hari ulang tahun kelahirannya 20 Januari. Riqa tersenyum kesyukuran, Alhamdulillah.

***

TAMAT

No comments:

Post a Comment